Google+ Followers

Wednesday, 18 March 2015

GST: Cara menghadapinya dengan bijak

Assalam semua.. rasa dah lama tak update blog ni kan.. ok la.. tajuk ni bukan kita nak sembang pasal GST.. kita nk sembang pasal.. cara-cara nak jimat duit kita selepas GST bulan April ni.. GST ni sembang ke tak.. memang akan tetap dilaksanakan.. so baik kita cakap pasal cara-cara nak hadapi GST ni kan.. 

Sebelum tu jom kita faham apa tu GST .. GST atau Good and Service Tax .. bukan yang setengah-setengah orang cakap Government Service Tax.. bukan OK.. GST ni akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang terlibat yang menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan yang sekarang ni antara 5% ke 10% .. tapi tak semua barang dikenakan cukai ni.. ok dah cukup takat tu k.. keterangan lanjut anda boleh buka sendiri laman web gst.customs.gov.my .. Untuk nak tahu negara-negara mana yang dah amalkan GST anda boleh cari kat Wikipedia dibawah carian GST .. 

Ok now saya nak kongsi bagaimana cara-cara nak hadapi GST nanti memandangkan sebelum GST pun dah banyak harga barang dah naek.. kedai-kedai jual minuman pun dah naek.. makanan pun dah mula mahal.. Kedai saloon pun naek harga kot.. so nak elak benda-benda ni semua.. jom kita tengok apa yang boleh kita buat..

1.JANGAN BERBELANJA TANPA SIMPAN

takkan la tak boleh belanja langsung?? Abis nak simpan je ke duit tu?? boleh nak berbelanja.. tapi make sure ada simpanan dulu.. jadikan amalan .. mcm saya.. dapat ja duit gaji ke.. duit untung ape2 je la.. terus saya simpan dulu 30% dari jumlah tadi tu.. selebihnya baru saya buat belanja sama ada bayar bill atau shopping skit2.. kalau ada lebih saya simpan la lagi.. simpan banyak2.. lama2 boleh bikin rumah batu tau.. bak kata Haji Bakhil.. simpan dulu yang penting.. dah simpan baru belanja.. jangan biasakan diri anda belanja dulu dan yang lebih baru simpan.. sebab cara ni boleh sebabkan anda mungkin tak simpan langsung dan terus abis macam tu saja.. so untuk selamat.. SIMPAN DULU KEMUDIA BELANJA.. 

2. BERHENTI ATAU KURANGKAN MEMBELI MAKANAN DAN MINUMAN DARI KEDAI LUAR

ramai orang pandang ringab bab ni.. selalu orang akan cakap.. ala berkira nya nak makan luar.. bukan masalah nya berkira.. tapi masalahnya harga makanan dan minuman kat luar sekarang ni dah tak macam dulu.. harga bukan main mahal lagi.. sedap tidak pun.. anda kena faham..zaman sekarang.. makanan mahal bukan sebab sedap.. tapi sebab environment kedai yang dipamerkan kepada pelanggan.. so maksud nya..kita membayar mahal2 untuk makanan tapi termasuk sekali decoration dalam kedai.. pemandangan di luar kedai.. dan juga kedai2 yang ada keunikkan yang tersendiri.. sedap belum tentu lagi .. silap2 mamak jual cendol kat lorong rumah kita sedap lagi berbanding dengan cendol yang kita makan di restoran tu.. 

Cuba kita elakkan dari asyik beli makanan diluar.. cuba kita sediakan sendiri makanan kita dan bawa ke tempat kerja.. kalau kita siap sendiri makanan kita lagi jimat dari beli di luar.. sbg contoh sy selalu bawak sandwich roti 2 keping ke pejabat untuk breakfast.. tengah hari saya makan buah spt buah peer, betik atau pisang.. buah2 ni boleh bg kenyang juga berbanding anda beli nasi letak kuah kari dan ayam yang berminyak2 dan tak sehat.. modal untuk sandwich saya hanya RM13 seminggu.. dan modal untuk buah hidangan tengah hari hanya RM15 seminggu..  dan petang bila balik ke rumah.. sy makan setengah mangkuk nasi.. sebab dah dekat nak malam tak elok makan nasi banyak2.. kan dh jimat tu...modal saya utk 5 hari bekerja hanya RM28 seminggu.. sabtu ahad makan kat umah je la.. berbanding dengan kebiasaan orang ramai di mana.. untuk makan pagi.. roti canai 2 keping..RM2.. teh tarik RM1.50.. total RM3.50 .. jadi RM17.50 untuk 5 hari.. tengah hari pula.. nasi lauk campur paling kurang pun RM10 sepinggan.. so 5 hari dah jadi RM50.. then kalau malam pulak makan lagi.. nasi juga.. RM10 lagi.. dah jd RM50 lagi .. so total RM50+RM50+RM17.50 = RM117.50 untuk seminggu.. sedangkan saya makan RM28 ja seminggu.. jimat 76% TUUU... 

3. KURANGKAN AKTIVITI LUAR ANDA

jangan la asyik keluar je.. modal semua tu.. bila dah keluar mesti nak duduk lepak minum2 makan2.. kan nk kena keluar duit tu semua.. lepas sembang2 boring nak tengok wayang pulak..duit lagi.. lepas tu lapar lagi.. lepak makan pula.. tambah2 masuk kedai2 macam high class mcm BintangBuck,KopiBean.. lagi la mahal.. kopi secawan boleh sampai RM10.. macam saya.. saya buat pilihan .. outing lepak2 saya dalam sebulan hanya sekali saja.. atau pun kalau busy kerja 2 bulan sekali.. tengok wayang 3 bulan sekali.. tu pun bergantung pada movie..ada movie best tengok la.. if tak ada movie yang best2.. kadang2 berbulan tak tengok wayang... ADA AKU KESAH?? HAHHA.. 

4. REKOD DAN TULIS SETIAP APA YANG ANDA BELANJA 

Ramai yang tak buat benda cam ni.. last2 sampai tengah bulan.. pinjam sana pinjam sini.. nak bagi cukup makan sampai ujung bulan.. kan dah susah sendiri.. cuba bajet sendiri duit tu.. beli apa rekod dan simpan resit.. dan bila kita rekod.. kita akan kurang nafsu shopping kita yang tak menentu tu.. macam pantang tengok SALE SALE SALE..  terus beli.. even benda tu tak perlu beli pun nak beli sebab kan SALE SALE SALE..  rekod setiap pendapatan dan perbelanjaan serta simpanan kita.. then baru kita akan nampak duit kita banyak habis ke mana.. makan ke...shopping ke.. wayang ke.. belanja awek ke.. hihi.. 

5. JANGAN KERAP KE SHOPPING MALL

hahaha dengar pelik ja kan.. tapi sebab anda kerap ke shopping mall la anda kerap kluar duit beli barang.. susah nak control nafsu membeli ni.. So untuk elakkan banyak membeli.. cukup sekadar sebulan sekali pergi jenguk shopping mall tanya khabar pak guard kat situ.. beli barang senyum2 kat awek cashier tu.. Lpas tu jumpa pulak bulan depan.. kalau ye pun rindu kat awek cashier tu.. bulan depan jugak jawapnya.. hahah.. atau pun.. beli sekaligus banyak masa ada SALE .. senang.. sebab masa tu mesti harga murah.. so beli siap2 stok untuk 3 4 bulan akan datang.. kan jimat macam tu.. dari setiap minggu nak kena ke shopping mall beli barang .. duit minyak keta lagi.. minyak pun NAIK gak kan sekarang ni.. haaa.. 

6. GADGET DAN TRENDING

#trending.. trending la sangat.. orang lain trending duit masyuk.. kau trending setakat nak tunjuk member2.. nak lepak2 kat shopping mall.. tak payah la ye dik.. buang duit buang masa.. saya dulu pakai Samsung Quattro sebab boleh masuk 2 simkad.. then sekarang pakai Note3 sebab dah tak pakai 2 sim.. dan Note3 lebih senang dengan keja saya yang banyak multitask ni.. kamera pun ok.. clear.. sound pun ok.. so setakat ni puas hati.. walaupun sekarang ni musim keluar iphone6 baru dengan Samsung S6 baru.. AKU PEDULI APE.. yang penting gadget yang anda pakai sesuai dengan anda.. dan tak perlu nak tukar yang baru untuk setiap kali keluar model baru.. dalam berfesyen.. saya lebih suka pakai yang selesa dan sesuai di mana2 saja.. tak perlu branded2 Padini ke.. CK ke.. Yang penting kemas segak tampan bergaya dan paling penting CONFIDENT bro.. duit xde takpe confident mau lebih..hahaha.. kasut relax je Mydin boleh Bata pun boleh.. no hal la puih!! Bukan nya ada orang nak tengok baju seluar kau brand ape kan.. tambah2 pakaian dalam.. hahah.. 

So tu lah dia.. cara yang paling senang nak jimat2 sambil menuju ke arah GST 1 April ni.. kalau anda ada cadangan ape2 boleh la komen di bawah k.. assalam dan jumpa lagi.. bye2.. 😊😊

5 comments:

  1. wife saya beli barang keperluan yang ada promosi melalui Tesco online jimat kos, masa dan tenaga. selain itu boleh jugak mengelakkan dari tersasar berbelanja berlebihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu encik mat nor.. kita sekarang ni kena gunakan segala kemudahan yang ada.. dah tiba masanya rakyat malaysia jadi macam rakyat disebelah barat dimana rata-rata rakyatnya banyak yang suka buat barang dengan sendiri atau DIY product.. mcm recycle barang2 buangan menjadi barang hiasan dan sebagainya..

      Delete
  2. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Selamat siang

    ini adalah dasar dana global, kami memberikan pinjaman per pendanaan proyek tahunan 100% dengan pinjaman aman dan tidak aman yang tersedia kami dijamin dalam memberikan layanan keuangan untuk banyak klien kami dengan paket pinjaman fleksibel kami pinjaman dapat diproses dan dana ditransfer ke peminjam dalam waktu sesingkat mungkin kita beroperasi di bawah persyaratan yang jelas dan mudah dipahami dan kami menawarkan pinjaman kepada semua jenis untuk tertarik klien perusahaan perusahaan dan semua jenis organisasi bisnis, individu swasta dan investor real estate hanya menghubungi kami dengan nama di bawah Jika Anda sedang melihat bagaimana mendapatkan pinjaman hubungi kami kami dapat membantu Anda keluar EMAIL: globalfundfoundation9@gmail.com
    BBM: D8633B93

    ReplyDelete
  4. Selamat siang

    ini adalah dasar dana global, kami memberikan pinjaman per pendanaan proyek tahunan 100% dengan pinjaman aman dan tidak aman yang tersedia kami dijamin dalam memberikan layanan keuangan untuk banyak klien kami dengan paket pinjaman fleksibel kami pinjaman dapat diproses dan dana ditransfer ke peminjam dalam waktu sesingkat mungkin kita beroperasi di bawah persyaratan yang jelas dan mudah dipahami dan kami menawarkan pinjaman kepada semua jenis untuk tertarik klien perusahaan perusahaan dan semua jenis organisasi bisnis, individu swasta dan investor real estate hanya menghubungi kami dengan nama di bawah Jika Anda sedang melihat bagaimana mendapatkan pinjaman hubungi kami kami dapat membantu Anda keluar EMAIL: globalfundfoundation9@gmail.com
    BBM: D8633B93

    ReplyDelete